English | 中文 | Bahasa Malaysia
Laman
Utama
Siapa
Kami
Pengurusan
Berat
FAQ
BMI
Calculator
Hubungi
Kami
Pertanyaan
Perdagangan
Pertanyaan
Pelanggan
Pelanggan
Puas
Beli
Sekarang
 

FAQ

  1. Apakah itu kapsul Persetxline?
    Ia merupakan formulasi herba semulajadi yang selamat dan berkesan, digunakan bagi mengurangkan berat badan.
  2.  

  3. Bagaimanakah herba itu berfungsi?
    Formulasi herba ini merangsangkan sistem penghadaman, meningkatkan aktiviti-aktiviti fungsi perut, dan mencetuskan rasa ‘cepat kenyang’ semasa pengambilan makanan, seterusnya mengurangkan keinginan pengambilan makanan yang berlebihan. Ia meningkatkan ‘thermogenesis’, iaitu pembakaran kalori. Ia juga mencegah penukaran kalori yang berlebihan kepada lemak tubuh. Fructus Hordei Germinatus membantu mencernakan makanan berlebihan yang tidak terhadam manakala Folium Senna Angustifolia mengendurkan usus kita bagi mengatasi masalah sembelit. Rhizoma Alisma Orientalis menyebabkan ‘diuresis’ iaitu pembuangan air kecil yang menyingkirkan bendalir tubuh yang tidak diperlukan oleh tubuh. Campuran herba ini adalah selamat, semula jadi, dan bebas daripada ‘kesan sampingan bertoksid’. Ramuan ini mengurangkan kalori di samping mencairkan lemak badan dengan mudah. Ia merupakan penyelesaian pengurangan berat badan yang mudah berserta gaya pemakanan yang sihat serta senaman tetap, ia membantu individu untuk mengurangkan berat badan dengan selamat, semula jadi, berkesan, mudah dan tanpa bersusah-payah.
  4.  

  5. Apakah berat badan yang sihat?
    Seseorang itu dianggap memiliki berat badan yang sihat sekiranya bacaan Indeks Jisim Badan (BMI) beliau berada di antara 18.5kg/m² dan 22.9kg/m².



  6. Apakah itu Indeks Jisim Berat (BMI)?
    Indeks Jisim Badan (BMI: Body Mass Index) merupakan kaedah pengukuran yang terbaik untuk kebanyakan doktor dan penyelidik yang mengkaji obesiti di seluruh dunia. BMI menggunakan formula matematik yang mengambil kira berat badan dan ketinggian seseorang. Adakah berat badan anda berlebihan? Dapatkan bacaan BMI anda secara percuma di sini.
  7. BMI Calculato

  8. Mengapakah pengekalan berat badan yang sihat begitu penting?
    Dengan mengekalkan berat badan yang sihat, anda memperoleh jangka hayat yang lebih panjang dan hidup lebih bahagia di samping mengurangkan risiko penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kegemukan, seperti diabetes (kencing manis) jenis II, penyakit jantung, barah, darah tinggi, artritis, masalah buah pinggang dan sebagainya. Menurut kajian, 95% orang yang mempunyai masalah kegemukan menghidap penyakit yang tersebut di atas. Kegemukan juga merupakan faktor utama menghidap diabetes jenis II. Kajian menunjukkan bahawa kira-kira 85% kes diabetes jenis II berlaku pada orang yang mengalami kegemukan. Kadar kematian orang yang menghidapi kegemukan adalah 50-100% lebih tinggi jika berbanding orang yang berbadan sihat.

    Refer documents link for:
    Obese Health Risk.
    Management Of Obesity.
    Understanding Obesity Stigma.
  9.  

  10. Siapakah yang harus mengekalkan berat badan yang sihat?
    Kegemukan merupakan faktor utama yang mengakibatkan ‘kematian boleh dicegah’, oleh kerana itu kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan keluarga harus ambil tanggungjawab terhadap kesihatan dan keafiatan diri sendiri. Tiada sesiapa yang boleh melakukannya melainkan ANDA.
  11.  

  12. Saya sentiasa mahu menurunkan berat badan, namun sebagai seorang individu berkerjaya, saya terikat oleh komitmen kerjaya saya dan tidak dapat meluangkan masa untuk program mengurangkan berat badan.
    Ya, ia adalah benar dan anda tidak bersendirian. Kebanyakan orang sedar tentang kepentingan mengekalkan ‘berat badan sihat’ tetapi terhalang daripada mengambil tindakan positif kerana kebanyakan program mengurangkan berat badan yang memerlukan kehadiran fizikal, masa yang panjang, kompromi privasi serta disiplin yang tinggi. Secara keseluruhannya, ketidakselesaan merupakan halangan terbesar yang dihadapi kebanyakan orang. Namun, jangan kecewa! Formulasi herba ini membekalkan penyelesaian yang paling sesuai, selamat dan berkesan untuk mencapai objektif anda tanpa bersusah payah. Cuma ambil 1 atau 2 kapsul (maximum) sehari setiap pagi, sama ada sebelum ataupun selepas sarapan (untuk pesakit gastrik). Itu sahaja untuk seharian.
  13.  

  14. Adakah ia selamat? Adakah sebarang kesan sampingan?
    Formula ini didaftar dan diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia serta diuji di Singapura oleh sebuah makmal swasta yang bertauliah oleh SAC-Singlas dan disahkan bebas daripada bahan-bahan dan bahan kimia terlarang. Ia dijual di banyak negara. Ia merupakan satu formulasi herba yang semula jadi dan tidak mengandungi ‘kesan sampingan bertoksik’. Risiko kegemukan adalah lebih berbahaya malah mengancam nyawa seseorang.
    Sila rujukan Pengurusan Berat di muka 13/23
  15.  

  16. Perlukah saya bersenam sementara mengambil herba ini untuk memperlihatkan kesannya?
    Senaman diakui sebagai cara yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan dan keafiatan dan sememangnya kami amat menggalakkannya. Namun, anda masih dapat memperolehi kesan yang diingini tanpa senaman.
  17.  

  18. Perlukah saya berpuasa semasa saya mengambil herba ini?
    Secara logicnya, perut tidak akan kosong jika pengambilan makanan melebihi dari yang diperlukan sebagai sumber tenaga. Kami menggalakkan anda mengubah tabiat pemakanan, dengan mengurangkan pengambilan makanan berkabohidrat, bukan berlapar. Anda masih boleh mendapat hasil yang diidamkan tanpa berpuasa kerana formulasi ini mampu mengawal fungsi perut anda.
  19.  

  20. Siapakah yang tidak harus menjalani program mengurangkan berat badan?
    1. Kanak-kanak yang belum mencapai akil baligh.
    2. Pesakit yang menghidapi penyakit yang berbahaya.
    3. Wanita hamil.(Tetapi sangat mustahak mengurangkan berat badan sebelum dapat hamil) Personal Health article
    4. Wanita yang menyusui bayinya.
    5. Orang yang dihalang doktor daripada mengurangkan berat badan.
    6. Orang di bawah preskripsi ubat yang lain.
  21.  

  22. Sebagai seorang Islam, bolehkah saya mengambil herba ini?
    Ya, rumusan herba kami disahkan Halal oleh JAKIM.
  23.  

  24. Sebagai seorang ‘pemakan sayur’, bolehkah saya mengambil herba ini?
    Ya, ia merupakan herba yang 100% semula jadi termasuk kapsulnya.
  25.  

  26. Adakah saya akan mengalami pergerakan usus yang tidak terkawal?
    Tidak. Anda tidak akan mengalami pengalaman buruk ini.
  27.  

  28. Adakah saya akan mengalami pembuangan air kecil yang tidak terkawal?
    Tidak. Anda tidak akan mengalami pengalaman buruk ini.
  29.  

  30. Apakah tindak balas yang boleh saya jangkakan semasa pengambilan herba ini?
    1. Sesetengah orang mungkin berasa hangat badan. Perkara ini adalah biasa disebabkan perut telah dirangsang dan metabolisme telah ditingkatkan. Perasaan sebegini akan lesap dalam masa beberapa hari sebaik sahaja badan anda biasa dengan keadaan ini.
    2. Sesetengah orang mungkin berasa lebih dahaga. Ini adalah tidak balas semula jadi tubuh agar anda meminum lebih banyak air untuk menyejukkan badan. Cuba minum 2 liter air sehari bagi memperolehi hasil yang lebih baik. Perasaan sebegini akan lesap dalam masa beberapa hari sebaik sahaja badan anda biasa dengan keadaan ini.
    3. Sesetengah orang mungkin akan berasa lebih bertenaga dan cergas sepanjang hari tanpa memerlukan tidur yang banyak. Usah bimbang, tontonilah wayang yang anda sukai. Hal ini disebabkan oleh peningkatan pembakaran lemak dan kalori seterusnya bertukar menjadi tenaga. Perkara ini berbeza sama sekali dengan pesakit insomnia yang disebabkan oleh ketakutan, tekanan mental serta kerisauan. Sekali lagi, perasaan sebegini akan lesap dalam masa beberapa hari sebaik sahaja badan anda biasa dengan keadaan ini.
    4. Hanya segelintir orang mungkin berasa gelisah atau kurang bertenaga. Ini disebabkan keadaan badan yang lemah serta gaya hidup individu. Peningkatan proses pembakaran dan penguraian lemak serta penyingkiran lemak dari tubuh juga menyumbang kepada masalah ini. Cuba makan lebih banyak makanan yang berkhasiat sebelum anda mengambil herba ini untuk mengatasi perasaan yang kurang selesa ini. Sekali lagi, perasaan sebegini akan lesap dalam masa beberapa hari sebaik sahaja badan anda biasa dengan keadaan ini.
  31.  

  32. Apakah keputusan yang boleh diharapkan?
    Ia bergantung kepada keadaan individu. Seseorang akan kehilangan berat lebih banyak dengan pengambilan sekotak Persetxline sekiranya beliau terlampau berat dan hanya kehilanagan berat sedikit sahaja sekiranya beliau tidak begitu berat. Secara purata, ia agak normal untuk menurunkan berat badan di antara 3 hingga 10kg dengan pengambilan dos yang disarankan setiap hari.
  33.  

  34. Berapa lamakah saya boleh mengambil herba ini?
    Tidak jadi masalah sekiranya anda mengambil herba ini untuk jangka masa panjang. Namun, berdasarkan logik dan faktor kewangan, anda seharusnya mengambil kapsul tersebut hanya semasa anda perlu mengekalkan berat badan yang sihat bersesuaian dengan carta BMI.
  35.  

  36. Dari manakah boleh saya dapatkan bekalan herba ini?
    Boleh didapati dari pengedar di senarai: Hubungi Kami atau Beli Online


HANYA SEKALI SEHARI, LEMAK ANDA SENANG DIATASI!
NIKMATI KESIHATAN BAIK DAN KECANTIKAN CARA SELAMAT DAN SEMULAJADI!


 
Laman
Utama
Siapa
Kami
Pengurusan
Berat
FAQ
BMI
Calculator
Hubungi
Kami
perdagangan
Pertanyaan
Pertanyaan
pelanggan
Pelanggan
Puas
Beli
Sekarang
 
 
 
Copyright © 2007 Persetxline All Right Reserved.
powered by is eleven services